Tempah
Papan neon Jari Jemari menyala di dinding hijau ruang menunggu

Urut badan & urut kaki di Metrocity Square, Kuching

Sentuhan tempatan untuk relaksasi serta kelegaan badan dan minda anda 🍃

Nak jadi ahli Jari Jemari? Tanya tentang keahlian

Tempah dalam 30 saat

Pilih urutan, tempoh dan masa. Kami susun mesej tempahan, anda cuma tekan hantar di WhatsApp.

Pilih mana-mana harga dalam menu di atas untuk tempah terus di WhatsApp, atau hantar mesej tempahan umum.

Urutan
Tempoh
Bilangan orang
Bila

Borang ini hanya tunjuk waktu mula yang sempat habis sebelum kedai tutup (10 malam). Masa lain? Tanya di WhatsApp.

Tentang anda
Tangan bersarung tangan hitam mengurut tapak kaki dengan batu licin semasa sesi refleksologi Tiga batu panas hitam di atas belakang pelanggan, beralas kain batik

Kenapa Jari Jemari

Kedai urut tempatan di Metrocity Square: harga jelas di menu, buka sampai malam, dan tukang urut yang mesra.

  1. Sentuhan tempatan

    Urutan Malaysia ialah signature kami: urutan seluruh badan, gabungan teknik dari tiga suku bangsa.

  2. Sarung tangan ialah SOP kami

    Untuk kebersihan, kami menggunakan sarung tangan ketika mengurut.

  3. Tukang urut lelaki

    Pelanggan lelaki boleh pilih tukang urut lelaki. Maklumkan semasa membuat tempahan.

  4. Buka sampai 10 malam

    Setiap hari. Sesuai untuk rehat lepas kerja.

Ruang kami

Dinding hijau, lampu hangat dan tirai satin: wajah baru Jari Jemari selepas diubah suai pada 2025. Semua gambar daripada Jari Jemari sendiri.

Cara tempah

  1. Pilih urutan & tempoh

    Lihat menu dan tekan harga yang anda mahu, atau guna borang 30 saat.

  2. Hantar WhatsApp

    Mesej sudah siap ditulis; ia dihantar terus ke 017-384 4850. Isi tarikh, masa dan nama; kami balas untuk sahkan slot.

  3. Datang ke Metrocity Square

    Kedai kami di bahagian luar Metrocity Square, sebelah Mina Wantan. Lihat laluan

Walk-in diterima. Untuk mengelakkan kekecewaan, boleh hubungi kami dulu sebelum datang khususnya semasa hujung minggu dan cuti umum 🙏🏻

Tanya slot hari ini

Kata pelanggan

4.5/ 5

39 ulasan di Google · semakan Sept 2026

  • Servis urut Ginger Oil memang terbaik! Terapis sangat profesional & ramah. Lepas sesi urut, badan kmk rasa ringan gilak & sangat relaks. InshaAllah, kmk pasti datang agik. Memang kamek rekomen gilak!” 👍

    Nur Hazizah Abdullah · Google ·
  • Very professional and skillful.

    Daisyanna Tan · Google ·
  • Semua staff friendly.. urutan setiap urutan menyegarkan.. recommended.

    DANIELLA HO · Google ·
  • Very good massage, relaxing atmosphere..

    Ameera Othman · Google ·
  • Good massage and so relaxing. Will come again

    Fathieah Kiprawi · Google ·

Lokasi

Kedai kami terletak di bahagian luar Metrocity Square tapi memang dekat dengan kedai makan dan sebagainya. Senang untuk anda shopping sebelum atau selepas berurut 🥰

  1. Papan tanda METROCITY SQUARE di hadapan bangunan

    1Dari main entrance (sebelah Tealive), jalan lurus ke dalam.

  2. Laluan arked berbumbung di bahagian luar Metrocity Square, anak panah merah menunjuk ke arah kedai

    2Selepas jumpa Everise, jalan lurus lagi. Almost there! Belok kiri ke bahagian luar ini.

  3. Papan tanda hitam JARI JEMARI dengan logo emas di atas pintu kaca kedai

    3Jumpa WeDrink? Jalan depan lagi! Cari papan tanda hitam JARI JEMARI, sebelah Mina Wantan.

Alamat

GR FL L 14680, No. 120, Metro Mall @ Metro City Square, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak

Sebelah Mina Wantan, di laluan bahagian luar Metrocity Square

Pintu masuk mesra kerusi roda

Waktu buka

Waktu buka Jari Jemari mengikut hari
Isnin 10 pagi – 10 malam
Selasa 10 pagi – 10 malam
Rabu 10 pagi – 10 malam
Khamis 10 pagi – 10 malam
Jumaat 10 pagi – 10 malam
Sabtu 10 pagi – 10 malam
Ahad 10 pagi – 10 malam

Pada kebanyakan cuti umum, kami buka seperti biasa. Penutupan diumumkan di Instagram dan Facebook kami.

Soalan lazim

Tak jumpa jawapan? Tanya terus di WhatsApp 017-384 4850.

Perlu tempah dulu atau boleh walk-in?

Walk in boleh.. booking awal lagi boleh 🥰 Untuk mengelakkan kekecewaan, boleh hubungi kami dulu sebelum datang khususnya semasa hujung minggu dan cuti umum 🙏🏻

Tanya slot walk-in hari ini
Berapa harga, dan boleh bayar guna apa?

Harga setiap urutan ada dalam menu di atas, ikut tempoh sesi, contohnya Urutan Malaysia 60 minit RM108 dan Foot Reflexology 60 minit RM60. Harga ikut menu Jari Jemari (Jun 2025); tertakluk kepada perubahan. Sports Massage dan Mobile Service: tanya di WhatsApp. Bayaran: Visa, Mastercard, FPX, GrabPay dan Touch ’n Go eWallet.

Ada tukang urut lelaki?

Ada. Pelanggan lelaki boleh pilih tukang urut lelaki. Maklumkan semasa membuat tempahan.

Tempah dengan tukang urut lelaki
Ada keadaan kesihatan — boleh berurut?

Hamil atau baru bersalin? Sila dapatkan nasihat doktor dahulu dan maklumkan kepada kami semasa tempahan. Ada keadaan kesihatan atau sedang menerima rawatan doktor? Sila rujuk doktor dahulu dan beritahu kami semasa tempahan — kami akan sesuaikan atau nasihatkan untuk tangguh.

Kaki geli, malu nak buka kaki?

Iboh malu 😉 Kami di Jari Jemari menerima anda seadanya. Beritahu tukang urut bila rasa geli; tekanan ikut keselesaan anda.

Boleh tukang urut datang ke rumah?

Boleh. Tukang urut kami datang ke rumah anda (Mobile Service). WhatsApp kawasan, tarikh dan urutan; kami sahkan harga dan slot.

Tanya Mobile Service
Buka pada cuti umum?

Pada kebanyakan cuti umum, kami buka seperti biasa, 10 pagi – 10 malam. Penutupan diumumkan di Instagram dan Facebook kami. Sila semak sebelum datang.

Ada keahlian (member)?

Ada. Tanya tentang keahlian di WhatsApp dan kami terangkan pakej semasa.

Tanya tentang keahlian

Relax. Restore & Repeat.

Jom rehat sekejap di Jari Jemari.

Walk in boleh.. booking awal lagi boleh 🥰 Buka setiap hari, 10 pagi – 10 malam.

WhatsApp 017-384 4850